First of all, kami mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih diberkati dan dirahmati Allah. Sekejap je dah bulan puasa kan? Cepat betul masa berlalu.
Ok, nak cerita pasal assignment terakhir kami sebelum Ramadhan ni. Salini a.k.a SleepyPooh ni masa dia dok contact kami utk confirmkan assignment nih, dia ada kat London. Agak last minit jugak la kiranya sbb time tu lagi sebulan dia nak kawin. Initially kami mmg dah block tarikh yg dia nak book tu sbb kami dah nak start take a break sampai bulan November nanti. Tapi sbb dia kat London and dah tak berapa sempat nak cari photog lain, so kami dgn besar hati terima juga la assignment dia ni. Kesian kat dia actuallynya sbb nak kena uruskan semua hal from sana.
Selalunya mmg kami akan make sure untuk berjumpa dan berkenalan secara face-to-face dgn bakal client kami. Ni semua utk memudahkan kerja masa shooting nanti. Ye la, bila dah kenal serba sikit tu, tau la sikit perangai masing2. So, tak de la kekok and segan nanti. Tapi kes Salini ni lain la pulak sbb kami mmg tak berpeluang jumpa dia. Dia balik M’sia seminggu sebelum wedding and itupun dia bz dgn urusan2 nak kawin ni. Dia kata, tak pe la bang, saya percaya dgn hasil kerja abg berdua and insyallah kita akan mesra nanti. Erkkk risau pulak kami. Tapi dah dia cakap mcm tu, kami pun tawakal aje la .
Dua hari sebelum wedding day, dia call kami kata nak tambah sehari lagi. Intially mintak cover utk 8hb(Melaka) dan 9hb(Seremban). Tapi last minit mintak tambah 7hb(Melaka) sbb ada malam tukar2 baju. So, jumaat ptg after opis, kami terus memecut ke Melaka…sampai sana 1/2 jam lewat sbb jam ya amat nak keluar KL and kita org sesat kat bandar Melaka..heheheh
Memang betul la cakap dia, first time jumpa dia, mmg terus mesra habis. Bukan dgn dia aje, dgn mak2 andam dia kita org mesra sekali. . So, senang la keje shoot pics dia mlm tu. Malam tu start shoot pukul 10 and mak andam tu kata ada 7 baju! Kita org ingat sure habis pagi2 buta..tapi surprisingly mak andam tu keje dia laju. Pukul 12 mlm dah settle semua. Phewww. Lepas abis keje, baru teringat nak makan. Perghhhh sedapnya lauk mlm tu. Simple tapi lazat dan berkrim. Hehehhe. Lauk daging masak asam + ikan masin + sambal belacan + sup …ishhh lapar la pulak rasanya
Besoknya akad nikah kat Masjid Pengkalan Rama. Menurut ceritanya, kat sini la cinta mereka berputik..kalu tak silap time tu depa sekolah menengah and ada buat project assigment kat situ. Ooo dating kat mesjid ehhh..hehehhe. Anyway, pagi tu we all sesat lagi! Hotel tempat we all stay mlm tu(thanks Salini sbb sponsor hotel utk we all) dah dekat dgn masjid tu..tapi ntah apa la jinx kita org ni, sesat lagiii nak ke masjid tu..dah sampai masuk ke jln nak ke Klebang dah.Nasib baik kita org patah balik and asked around. Alhamdulillah sampai on time. Kat sini first time jumpa dgn Redza a.k.a Ropol(hehehe..salini yg bagi). Cool guy, totally opposite dgn Salini yg agak ‘meriah’. Hehhehe. Dengan sekali lafaz, maka sahlah Salini menjadi isteri Redza. Abis akad nikah, we all gerak ke rumah Salini utk shoot lagi satu persalinan, Jawa. Nak tau, kami sesattttttttttttttttttt lagi! Tak pernah kita org sesat teruk mcm ni..actually before this mmg tak pernah sesat langsung. Apalah nasib..hehehhe. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar lepas tu and tanggungjawab telah kami laksanakan sebaik mungkin.
Keesokkan harinya, majlis di rumah Redza di Seremban pulak. Cuaca mmg cantik pagi tu dengan langit membiru sedondon dgn baju dia org yg warna biru Dipendekkan cerita, kendurinya yg dibuat di dalam dewan mmg meriah siap dgn joget lambak masa end of the wedding day. The best part, Redza siap menyanyikan sebuah lagu dgn iringan live band lagi! Kami sangat kagum dgn org2 yg boleh nyanyi dgn iringan live band ni sbb bukannya mudah ye. Not bad la nyanyian si Redza ni..we actually enjoyed it so much. Penat mmg penat, tapi semua tu hilang bila tgk semua org especially pengantin berdua tu happy and had so much fun. Kami doakan agar kebahagian itu berkekalan sampai akhir hayat. Pada ketika saya menulis entry ni, kami difahamkan Salini dan hubby dlm perjalanan pulang ke kota London. Kami akan post gambar2 sekitar wedding mereka dlm online album mereka. Hopefully they like it. Selamat jalan our friends!


